Khamis, 1 Januari 2015

Lepak kedai mamak

Assalamualaikum pembaca budiman blog ini

Sebelum itu baru ingin diluahkan , tujuan saya membuat blog ini adalah untuk belajar dengan lebih mendalam tentang penulisan...

Termakan dengan nasihat & idea seseorang hamba allah ,habiskan masa 1 jam lepak kedai mamak, walaupun ia perokok jangan ,jangan jadikan penghalang untuk belejar sesuatu ..

Dia berkata "rajinlah menulis apa yang ditulis akan masuk dalam kepala (otak)"
Selepas dari itu terciptalah laman contengan ini ....

Duduk kedai mamak, guna wifi free ,minum teh o ice limau , lepak bejam-jam ,azan bekumandang janagan lupa tuhan (Allah s.w.t)

itu saja untuk kali ini ... Gambar cawan dan rokok sekadar hiasan abaikan saja Ok

"MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"

Sabtu, 15 Jun 2013

BUDAK DSLR

ASSALAMUALAIKUM  W.T.B

         Kali ini saya hendak bercerita tentang sebilangan persepsi masyarakat , yang hanya ingin menjatuhkan antara satu dengan yang lain. Mungkin kamu semua tertanya-tanya mengapa saya menggunakan tajuk BUDAK DSLR , 

         Di era globalisasi yang penuh dengan alat teknologi dan komunikasi ini, telah menyebabkan perubahan yang drmastik dikalangan para pemuda yang dapat merasakan nikmat menggunakan kecanggihan alat-alat tesebut , apa yang saya maksudkan dengan perubahan dramstik itu ialah ada dikalangan para pemuda pada hari ini yang bertukar hobi , jika dahulunya mereka penggemar permainan tradisional kini mereka sudah menjadi penggemar I-PAD , PS3, PSP, DSLR, dan banyak lagi . adakah mereka telah melupakan peramainan tradisional  ?  nah ini lah persoalan yang selalu membuat sebilangan masyarakat kita salah pesepsi dengan anak mudah sekarang .

           Sebenarnya anak  muda tidak melupakan permainan tradisional itu , tetapi mereka hanya bertukar hobi mereka mengikut minat masing-masing , dan bukan pula anak muda sekarang tidak minat kepada permainan tradisional . mungkin permainan tersebut tidak sesuai dimainkan di sebilangan tempat misalnya di bandar .


            Tetapi mengapa ada sebilangan masyrakat kita pada hari ini bila anak mudah ingin mengubah hobi mereka, contohnya gemar menggunakan kamera DSLR , masyarakat kita mewujudkan pesepsi yang kurang baik dalam fikiran mereka  misalnya , alahhhhhhhhhh bajet la nak ambil gambar guna kamera DSLR , bajet photography la sangat , ambil gambar pun tak lawa nak guna kamera mahal-mahal
bukan kah hobi seseorang itu hanya dia saja yang dapat rasa keseronokannya mungkin dimata masyarakat apa yang dia buat tu buang masa dan wang , tapi tidak kah anda pernah bertanya kepada si pengemar DSLR itu apa yang mereka rasa bila menggunakan benda tersebut, mungkin saja ada diantara sipenggemar DSLR itu menanam beribu-ribu impian dalam dirinya untuk membuat sesuatu yang boleh memberikan faedah kepada diri sendiri dan juga orang lain. walaupun dia hanya mengambil gambar .

             Sesunguhnya dari sekeping gambar itu banyak informasi yang kita boleh dapat , dan bagi si penggemar DSLR mereka merasakan sekeping gambar yang mereka ambil itu adalah satu kepuasan mata yanag dapat melihat hasil kebesaran allah s.w.t

             Jadi sahabat-sahabat ku diluar sana  jangan pernah halang seseorang itu, hendak melakukan sesuatau perkara yang terang-terang tidak meudaratkan dirinya dan juga orang lain kita sepatutnya menyokong dan membantu untuk membesarkan atau menonjolkan bakatnya dengan lebih jauh lagi  .

SEKIAN ITU SAJA UNTUK KALI INI


setiap kali saya update blog saya akan masukkan satu gambar. seperti yang saya katakan
 "ada gambar aku share" 



Isnin, 1 April 2013

AKU SUKA KEBAHAGIAAN DARI MU

assalamualaikum w.t.b tiba-tiba mood datang lagi hendak mengupdate sesuatu di bandang-bandang pisang ni  

kali ini saya ingin menceritakan tentang kebahagiaan.
mungkin agak jiwang sedikit dan mungkin ada di antara kita semua bila mendengar perkataan "kebahagiaan" mesti kita akan kaitkan dengan kebahagiaan berumah tangga , tapi apa yang saya ingin katakan bekenaan kebahagiaan ini  tiada kaitan lansung dengan dunia rumah tangga dan dunia percintaan . apa yang saya maksudkan ialah kebahagian dalam persahabatan ........

macam mana kebahagian dalam persahabatan ??

1) jika kita ada 500 orang sahabat yang kita kenal sewaktu disekolah mahupun dikampus adakah kah kita sudah rasa cukup bahagia dengan sahabat-sahabat kita ?, sebenarnya kebahagian itu akan datang jika kita ada 500 kawan dan ke semua sahabat-sahabat kita sentiasa mengigati kita walupun sudah 50 tahun berpisah, walaupun dia hanya mengingati nama kita , itulah kebahagiaan dalam persahabatan yang palaing bermakna. 

dan aku hanya harapkan seorang sahabat yang bila  terpisah lama namaku tetap diingatnya , tidak ku harapkan dia mengingati kebaikan yang sudah aku lakukan dengannya dahulu ................


2) kebahagian yang aku maksudkan lagi ialah, alangkah indahnya jika kita ada 500 sahabat dan kesemua sahabat kita datang ke suatau majlis reunion yang dianjurkan . inilah kebahagian yang aku rasa paling bermakna , kerana tidak semudah yang kita inginkan untuk  merancang suatau pertemuaan yang telah terpisah berpuluh-puluh tahun dahulu .

dan aku hanya harapkan seorang sahabat yang bila dihubungi dia tidak melarikan diri ...........


sebenarnya banyak lagi kebahagian dalam persahabatn yang kita boleh hadapi ,
bagi aku  yang ini sahaja la yang ku harapkan untuk mendapat kebahgaian dalam persahabatn.
 harapnya aku dapat merancang pertemuaan yang bermakna suatu hari nanti dengan sahabat-sahabat ku .

okkkkkkkkkkk jiwangnya aku rasa tapi  inilah sebenarnya yang aku inginkan hohoohohoho


aku harap dari kamu wahai sahabat


Rabu, 21 November 2012

AKU DOAKAN PALESTIN

BANDANG-BANDANG PISANG: AKU DOAKAN PALESTIN: ASSALAMUALAIKUM   kali ni sya nak sembang sdkit bekenaan palestine pinjam 5 mnit tuk baca  ,walaupun tak kinat baca je la aisehhhhhh ...

AKU DOAKAN PALESTIN

ASSALAMUALAIKUM
  kali ni sya nak sembang sdkit bekenaan palestine pinjam 5 mnit tuk baca  ,walaupun tak kinat baca je la aisehhhhhh


sekarang dunia dihebohkan dengan isu palestine ,
 tetapi kita dimalaysia hanya boleh melihat, mendengar dan membaca keluhan kesakitan mereka disana ,setiap jeritan yang kita dengar dari video yang hanya berdurasi dari 5-10 minit yang dirakamkan dari sana hanya menyentap hati kita sahaja , apa yang kita mampu buat untuk mereka ?



 kita hanya mampu berdoa sahaja kerana doa umat isalam adalah senjata yang tajam jika kita benar-benar ikhlas melafazkannya untuk mereka , dengarlah wahai sahabat sekalian jika kita hendak merasa penderitaan mereka disana , pejamkan mata dan bayangkan jika penderitaan itu terasa di badan sahabt-sahabat sekalian dan ,kekucar-kaciran itu berlaku dinegara kalian .















 tidak mustahil sahabt suatu hari nati negara kalian juga boleh menjadi seprti negara palestine, jika takluk pemerintahan di pimpin oleh pemerintah yang ZALIM, TIDAK AMANAH, MENENTANG HUKUM ALLAH , TIDAK ADIL, dan BERSEKONGKOL DENGAN SOFWER2 YAHUDI LAKNATULLAH. jadi sahabat-sahabat seklain pemimpin yang seperti ini kita harus gulingkan kerana dia adlah sehina-hina pemimpin. 

 walau apapuan sahabat saya hendak meminjam 1 minit daripada kalian untuk mendoakan saudara seislam kita di palestine yang tengah berjuang / berjihad . 
  

    

 


 






"ya allah ya rahman ya jabbar ya amin , selamatkan saudara seislam ku di gaza daripada israel laknatullah , kuatkan iman dan semnagat mereka untuk mempertahankan masjidl aqsa disana."




terimah kasi kepada yang sudah berdoa untuk mereka 

Ahad, 18 November 2012

PEGANGGAN HASSAN AL-BANNA UNTUK MATA RANTAI PERJUANGAN




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 UMMAH .
 sahabat-sahabat sekalian kita yang bergelar pendakwah dan pejuang agama allah harus mendengar pegangan yang telah diberikan oleh as syahid hassan al-banna, muda-mudahan pegangan ini dapat mengguatkan lagi jati diri kita sebagai mata rantai perjuangan , yakin la disetiap antara kita ni diturunkan dibumi sebagai seorang khalifah untuk mentadbir bumi ini tiada manusia yang di lahirkan dibumi tanpa sebab atau tujuan yang benar ,kerana jika manusia di lahirkan tanpa tujuan ibaratnya seperti layang-layang yang terputus talinya. cehhhhhwahhh sempat lagi berpuitis  mari hayati peganggan beliau 




ENAM PEGANGAN
1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat
menahankan penderitaan dan kepapaan.
4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya
kepada Allah s.w.t.
5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan
perjuangan.
6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.

                Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang
beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan
sungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya
saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang rengkas ini iaitu kata-kata
yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir
mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu
itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan
dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu
diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”.

                 Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu
mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang
diwasiatkan nya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.”

                Adapun selain dan para “Mujahidin” tadi, maka untuk mereka sudah pun ada berbagai-bagai
pelajaran, ceramah, kitab, rencana tulisan, tanda lambang, Jabatan, dan masing-masing dengan
kesanggupannya, maka berlumba-lumbalah ke arah kebajikan sedang Allah menjanjikan kebaikan kepada
setiap pihak.

TERIMAH KASI KEPADA YANG SUDI MEMBACA "TAK DAPAT AMALKAN SEMUA JANGAN TINGGAL SEMUA "

Selasa, 11 September 2012

PIBG puncak kejayaan SPM ku


                      Assalamualaikum sahabat kali ini saya ingin mengenang kembali zaman kejayaan aku di sekolah menegah mesti banyak kennagan disekoloah menegah yang telah kita ukir kan kawan-kawan jika dingat semula kenangan kita waktu disekolah menegah dahulu sudah tentu ada yang akan tertawa keseorangn dan mungkin ada juga yang akan menitiskan air mata bila mengenangkan kengan manis semasa berada disekolah menegah. Tetapi bagi aku ada satu kengan yang paling manis yang perna aku ukurkan sebelum aku meninggalkan smk kunak jaya iaitu aku mendapat anugrah pelajar cemerlang SPM ..............BIASA-BIASA SAJA BAH ................TAPI SYUKUR 

MESYUARAT AGONG PIBG SMK KUNAK JAYA 2010
Bermula seawal jam 7.00 pagi, 27hb Mac 2010, ibubapa sudah mula memasuki ruang dataran ilmu SMK Kunak Jaya, tidak lain hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa yang prihatin terhadap usaha mendidik anak-anak mereka. Disambut dengan barisan guru-guru dan pelajar di Anjung Ilmu SMKKJ, mereka mendaftar kehadiran sebelum menuju ke dewan untuk bermesyuarat.
Guru-guru menanti kahadiran ibubapa di Anjung Ilmu.
Ketibaan YB Tuan Hj Saleh Kalbi disambut oleh Pengetua En Nor Aslam Mano Abdullah dan PPD En. Samri Pehakan.
Antara ibubapa yang hadir awal.
Mesyuarat dirasmikan oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, merangkap Duta Keamanan PBB tepat jam 10.00 pagi. Yang Berhormat tiba di SMK Kunak Jaya pada jam 9.00 pagi atas jemputan PIBG SMK Kunak Jaya. Beliau juga turut melancarkan logo PIBG seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo PIBG. Logo ciptaan pelajar Salasiah Mohd Said dari tingkatan 3 Excellent terpilih memenangi pertandingan. Manakala pelajar Ayzan B Arman (5D), Arfaziela Bt Arman (3B) dan Zahir Mohd Mali (5 Sains) memenangi hadiah saguhati.
YB Tuan Haji Saleh Kalbi melancarkan logo PIBG disaksikan oleh YDP PIBG, Pengetua dan Tuan PPD.
Yang Berhormat juga menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Pelajar cemerlang PMR ialah Mohd Hafiz Hadi (8A), Mohd Rafie Rahman (8A), Abd Rahman Aripudin (7A1B), Fadilah Azman (7A1B), Barhan Bedjo (6A) dan Soleha Acho (6A). Masing-masing menerima wang tunai sumbangan sekolah dan PIBG serta menerima sijil.
Pelajar Cemerlang STPM, Nur Falihin Bt Azwan (gambar atas) dan SPM, Datu Muhammad Najib Bin Datu Kassim menerima hadiah kecemerlangan dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Silam.
Pelajar cemerlang SPM pula terdiri dari Datu Muhammad Najib B Datu Kassim (6A), Mohd Sufikar B Meching (6A) dan Sharil Bolong (6A). Manakala pelajar cemerlang STPM terdiri dari Nur Falihin Bt Hammis @Azwan yang mendapat 4A (CGPA 4.0) yang juga merupakan pelajar terbaik STPM Kunak dan 10 terbaik Sabah. Pelajar cemerlang STPM yang lain ialah Fatimah Abd Rahman (3A1B) dan Rosliana Kandare (3A1B). Nur Falihin juga menerima sebuah komputer riba sumbangan YB Tuan Haji Saleh Kalbi.
Selepas majlis perasmian dan penyampaian hadiah, majlis berhenti rehat sebelum mesyuarat diteruskan tepat jam 11.00 pagi. Encik Sahing Taking telah terpilih semula sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2010-2012, manakala Timbalan Yang Dipertua dimenangi oleh Puan Jahina Kabang yang juga merupakan bekas AJK PIBG sesi yang lepas menggantikan Tuan Haji Pileh Bin Tahir. AJK yang lain telah dilantik semula iaitu Encik Ribut Nasip, Encik Dahlan Anano, Encik Ismail B Salah dan Puan Summik Bt Asis. AJK dikalangan guru pula akan dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
x