Khamis, 7 Jun 2012

GELANGANG PERJUANGAN 16 PASUKAN IDAMAN ANDA

untuk pengetahuan kmu semua .........sempena EURO.........





1.National Stadium Warsaw
Dengan bercirikan bendera Poland, merah dan putih, stadium yang terletak di tebing timur Vistula di Daerah Praga Poludnie ini di reka oleh JSK Architekci.
Kapasiti tempat duduk stadium ini boleh memuatkan dalam 58,500 audiens yang mana menjadikannya sebagai arena bolasepak terbesar di Poland. Tapi jika di gunakan untuk penganjuran konsert atau aktiviti lain, kapasitinya  boleh mencecah sehingga 72,900 orang.
Mula di rasmi pada 29 Januari 2012 yang lalu. Selepas itu, 29 Februari 2012 pula menyaksikan perlawanan pertama berlangsung di mana Poland sekadar seri 0-0 dengan Portugal.

2. Municipal Stadium Wroclaw
Stadium berbentuk Tanglung Cina ini di buka secara rasmi pada 17 September 2012 dan waktu itu juga di adakan sekali pertunjukkan konsert oleh George Michael.
Municipal Stadium merupakan stadium utama pasukan bola sepak Śląsk Wrocław yang berpangkalan di Wroclaw, Poland. Kapasiti tertinggi stadium ini pernah memuatkan 42,771 orang semasa perlawanan Śląsk mengalahkan Lechia Gdańsk 1-0.
Bagi perlawanan antarabangsa pertama, pada 11 November 2011 pemain sensasi Manchester City, Mario Balotelli bersama rakan senegara Giampaolo Pazzini membantu memperoleh kemenangan 2-0 bagi Itali di stadium ini.

3. Metalist Stadium, Kharkiv
Stadium yang berkapasiti 32,000 orang sebelum ini di baik pulih dan di naik taraf semula pada Disember 2009. Stadium yang asalnya di buka pada tahun 1926 di jangka bakal memuatkan 38,633 orang sempena EURO 2012.
Sebelum nama Metalist Stadium, stadium ini lebih di kenali dengan Stadium Traktor, Zenit, Dzerzhynets dan Avangard.

4. Arena Lviv
Stadium yang terletak di Ukraine ini pernah memuatkan sehingga 34,915 orang dalam suatu masa. Ianya mula di buka pada 29 Oktober 2011.
Perlawanan pertama yang berlangsung di stadium ini antara Ukraine dan Austria yang berkesudahan dengan jaringan 2-1 pada 15 November 2011.
Menariknya stadium ini, semua audien baik VIP atau audien lain semuanya di lindungi dengan bumbung yang menutup hampir separuh stadium.

5. Arena Gdansk
Arena Gdansk sebelum ini lebih di kenali dengan panggilan Baltic Arena. Arena ini siap di bina pada bulan Julai 2011 dan berkapasiti 43,615 orang.
Ia merupakan stadium ketiga terbesar selepas National Stadium dan Silesia Stadium dalam Liga Ekstraklasa (Liga Profesional Poland).
Perlawanan antarabangsa pertama di stadium ini adalah antara Poland dan Jerman yang mana kedua-duanya seri 2-2 pada 6 September 2011.

6. Municipal Stadium Poznan
Ini merupakan stadium ‘old skool’ yang di gunakan kembali sempena EURO 2012. Kerja-kerja baik pulih stadium yang bertapak sejak 1980-an ini bermula pada 2003 dan akhirnya sedia di gunakan pada 20 September 2010.
Stadium kelima terbesar dalam Liga Ekstraklasa ini berkapasiti 43,269 orang yang boleh di muatkan. Lebih kurang 3 kali ganda audien iaitu 18,000 tempat duduk waktu tahun 1980.

7. Olympic Stadium, Kyiv
Stadium berkapasiti 65,400 merupakan venue untuk perlawanan akhir EURO 2012. Siapa yang menang waktu itu bakal mencatat sejarah di sini.
Pada 16 Mac 1977, stadium ini mencatat rekod tertinggi dengan kedatangan audien sebanyak 102,000 orang. Waktu itu perlawanan antara FC Dynamo Kyiv dengan FC Bayern München.
Seperti Municipal Stadium Poznan, stadium ini juga merupakan stadium ‘re-cycle’. Sejak di gunakan pada 1923, banyak kerja baik pulih di lakukan. Terbaru di lakukan pada December 2008 sehinggalah Oktober 2011 sempena EURO 2012.

8. Donbass Arena, Donetsk
Donbass merupakan singkatan nama dari industri Donets Basin. Ia di buka pada 29 Ogos 2009 sejak permulaan pembinaan pada 2006.
Dengan kapasiti stadium 51,504 tempat duduk, bagi EURO 2012 ia menjadi venue untuk kumpulan D berentap. Selain satu perlawanan untuk suku akhir dan separuh akhir.

BOLA BOLA JUGA TAPI IBADAH HARIAN JANGAN TINGGAL ......................:]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan